7 Perkara Perlu Buat Selepas Bersalin ni kami share untuk ibu bapa yang baru pertama kali mendapat anak. Alhamdulillah, tahniah ya! Jadi 7 Perkara Perlu Buat Selepas Bersalin ni inshaAllah membantu korang yang agak blur-blur tak tahu nak buat apa. Hehe. Untuk yang gap anak jauh antara satu sama lain pun kadang boleh lupa kan benda ni. Jom kita tengok apa 7 Perkara Perlu Buat Selepas Bersalin.

 

7 Perkara Perlu Buat Selepas Bersalin

7 Perkara Perlu Buat Selepas Bersalin

 

7 Perkara Perlu Buat Selepas Bersalin

Kami kongsikan 7 Perkara Perlu Buat Selepas Bersalin ni seusai lepas azan dan iqomat kan anak-anak ya. Apa nak kena buat lepas tu?

Belum bersalin? Nak tahu apa kena prepare sebelum bersalin, sila baca : Checklist Persiapan Sebelum Bersalin

 

1) Uri dan tali pusat

Nanti lepas bersalin, bidan jururawat dah siap mandikan bayi, doktor potong tali pusat, korang akan diberikan 1 beg kertas yang berisi uri dan tali pusat bayi. Apa nak buat?

Sila bawa balik dan tanam ya. Lubang tu memadai korek sehingga tiada haiwan yang sanggup korek untuk kumbah balik uri tu ya. Boleh tanam di laman rumah atau ada orang tanam di laman surau atau masjid. Minta izin penjaga surau/masjid dulu ya.

 

2) Bekal makan dan minuman

Tak kisahlah isteri bersalin secara normal atau pembedahan, kedua-duanya menggunakan kudrat dan tenaga yang banyak. Nak nak kalau kena berpuasa (bersalin pembedahan / ceaser). Bawakanlah bekal untuk isteri supaya boleh jamah sedikit makanan atau minuman. Seeloknya minuman panas atau air masak.

Untuk isteri yang bersalin pembedahan selalunya hanya selepas 3-4 jam baru boleh mula makan. Boleh rujuk kepada jururawat.

 

3) Tahnik

Untuk 7 Perkara Perlu Buat Selepas Bersalin –¬†yang ketiga ini adalah amalan sunat yang sangat dianjurkan Islam ni untuk tahnik dalam tempoh 7 hari kelahiran. Boleh buat sendiri atau boleh panggil ustaz datang buatkan. Sikit saja bagi. Secoet saja bukan sebiji ya. Hanya untuk menaikkan resa rasa manis saja dan mengajar untuk menghisap supaya senang untuk menyusu. Selalunya kita tahnik dengan kurma dan madu.

Tapi tengok juga keadaan bayi ya. Sesetengah bayi yang dilarikan ke wad rawatan rapi bayi (NICU), belum boleh ditahnikkan.

 

4) Mulakan penyusuan (tugas ibu)

Penyusuan ibu boleh dimulakan sejurus selepas melahirkan. Untuk yang bersalin secara pembedahan, jika suami ralat nak pegang bayi (sebab rasa fragile sangat), boleh minta tolong nurse. Kena pergi kaunter nurse, minta tolong tau. Hehe.

Jangan risau, selalunya bayi untuk umur sehari hingga 3 hari belum perlukan banyak susu. Hanya perlukan 1-3ml susu sahaja. Tapi kita nak ajar dia supaya menghisap dengan betul, on the spot, di target yang betul. Sebab tu kena mula lepas bersalin terus.

 

5) Daftar kelahiran anak (tugas ayah)

Antara 7 Perkara Perlu Buat Selepas Bersalin lagi selalunya borang untuk daftar kelahiran anak akan diberikan oleh pihak hospital sewaktu discaj / boleh keluar wad. Note that bersalin normal selalunya perlu duduk sehari di wad dan yang bersalin ceaser perlu duduk selama 2-3 hari bergantung kepada keadaan ibu. Harus mampu membuang air kecil dan besar syarat sah untuk keluar wad.

Kepada suami, isilah nama yang baik-baik untuk diberikan kepada anak, dan bawa juga beberapa dokumen yang diperlukan:

  • Ic suami / isteri – asal dan salinan
  • Muka surat check up mengandung pertama kali – asal dan salinan
  • Muka surat check up mengandung paling latest – asal dan salinan
  • Sijil nikah – asal dan salinan

Seeloknya daftar sebelum 14 hari tempoh dari bayi dilahirkan. Kenapa? Daftar selepas 14 hari kena dendalah. Hehe.

Sijil surat beranak siap on the spot tapi mykid selalunya lepas sebulan baru boleh ambil. Daftar di Jabatan Pendaftaran Negara tau.

 

6) Cukur jambul & aqiqah

Dah selesai episod di hospital dan daftar kelahiran anak, cukur jambul dan aqiqah juga salah satu 7 Perkara Perlu Buat Selepas Bersalin. Boleh rujuk website jabatan agama Islam negeri masing-masing untuk penerangan lanjut.

Cukur jambul boleh saja buat sendiri di rumah tanpa perlu kenduri besar-besaran. Yang kenduri jamu orang ramai itu adalah aqiqah. Seperti yang disarankan 2 ekor kambing atau 1 bahagian lembu untuk anak lelaki dan 1 ekor kambing untuk anak perempuan.

Aqiqah sekarang pun dah mudah. Kalau kurang bajet nak buat kenduri, boleh saja buat secara online macam ibadah qurban tu.

 

7) Set Bersalin Shaklee

Dari waktu selepas melahirkan anak, korang dah boleh mula ambil Set Bersalin Shaklee ni. Nak terus buat bekal selepas bersalin pun bagus. Set Bersalin Shaklee ni boleh diambil walaupun anak terkena jaundis. Sebab kena ambil adalah nak cepat-cepat topup balik kekurangan nutrisi yang si ibu kehilangan semasa melahirkan dan menyusukan.

Waktu di hospital lah waktu paling boleh berehat dan urus diri sebaiknya sebelum pulang ke rumah. Sebab makan pun disediakan, kita duduk saja atas katil. Waktu inilah sesuai untuk ambil Set Bersalin Shaklee tu supaya kembali cepat bertenaga.

Nak dapatkan secara online dan terus sampai ke depan pintu rumah anda? Klik :

Set Bersalin Shaklee

Nak diskaun 25%? Klik : Daftar Ahli Shaklee

Cukuplah 7 perkara yang kami beritahu ya. Yang lain-lain inshaAllah boleh explore dan alaminya sendiri. Perjalanan baru sebagai ibubapa inshaAllah sangat banyak pengajaran. Sekian update dari kami tentang 7 Perkara Perlu Buat Selepas Bersalin.