Pengalaman Bercuti ke Ho Chi Minh Bersama Anak Kecil Part 3 pada 20 Mac 2018 ni kami ke Cu Chi Tunnel di mana ia kawasan persembunyian orang kampung dan tentera Vietnam 10 meter ke bawah tanah dari tentera Amerika. Tempat ni memang tempat harus pergi!

Sebelum sampai sana, kami singgah dulu di kilang jual barang-barang hasil seni anak cucu mangsa-mangsa peperangan yang masih hidup yang menjadi orang kurang upaya akibat dari kesan peperangan tersebut. Kenapa jadi macam tu?

Sebelum tu, jemput baca untuk rujukan :

Nak cerita sikitlah sejarah tunnel tu. Alkisah dalam tu memang dah jadi tempat semua benda – hospital, bilik tidur, tempat simpan senjata, tempat buat baju, kasut semua, semualah ada dalam tu. Mula-mula orang Amerika tak tahu macam mana dorang survive.

Tapi bila dah dapat tahu, orang Amerika campak gas racun dalam salur udara dorang. Jadi, semua yang terbau kat bawah tu semua affected termasuklah ibu-ibu mengandung. Sebab tu anak-anak yang lahir hasil dari tu majoritinya bermasalah bila lahir. Itulah serba sedikit ceritanya.

Sampai kilang kraftangan tu dorang buat demo buat gambar menggunakan kulit telur ayam dan itik. Cantik-cantik tapi harga pun cantik. Hihi. Untuk buat sourvenior okay saja. Boleh beli kat galeri bersebelahan kilang.

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh
Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh
Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh
Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Supervisor kat sana sedang explain cara mereka hasilkan produk

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Ini pintu masuk galeri. Tak boleh ambil gambar dalam galeri.

Then lepas tu kami terus shoot ke Cu Chi Tunnel. Jauh juga perjalanan dalam 2 jam lebih. Sempatlah tidur bangun tidur bangun. Hahaha. Sampai-sampai kami tak perlu beli tiket sebab under agent kan. Terus berkumpul dan masuk.

Perjalanan lebih kurang sejam kena berjalan kaki ni ada beberapa pit stop. Di setiap pit stop agent kami yang explain tempat-tempat tersebut untuk apa. Boleh tengok gambar kat bawah.

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Peta lokasi Cu Chi Tunnel. Terowong ni dorang buat sampai Saigon tau. Panjang gila! Tapi kami melilau kat area sini saja.

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Antara pintu masuk yang ada dan dah dibesarkan

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Ini contoh keadaan dalam bilik-bilik bawah tanah tu.

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Ini salah satu pintu masuk terowong bawah tanah tu. Fit gila mereka untuk masuk ikut pintu sebesar ini sahaja.

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Ada route sekitar 10 meter untuk pelawat masuk. Saya tak masuk sebab pregnant. Katanya semput juga sebab kurang udara.

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Ini contoh perangkap samar yang mereka bina. Ada ditunjukkan juga tapak asal perangkap samar tu.

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Dengan pemikiran berdaya saing, ini adalah lubang-lubang udara untuk pastikan mereka mendapat oksigen dari atas.

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Pakaian tentera zaman dahulu kala

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Nasib baik ambil gambar ni masa sampai. Kalau masa balik mahu monyok semua. Penat~ Haha!

Kena jalan kaki tau. Stroller not recommend sebab jalan dia jalan macam dalam hutan, dah ada tapak jalan tapi biasalah akar pokok berselirat. Jadi kena banyak angkat stroller pula karang. Walaupun jauh sikit perjalanan dia tapi pengalaman tu yang berbaloi.

Balik dari Cu Chi Tunnel, kami singgah untuk lunch di restoran halal berdekatan. Then terus balik ke arah bandar menuju ke muzium memorial peperangan di Vietnam.

Muzium ni ada 4 tingkat semuanya. Kat sinilah mereka ceritakan secara details apa yang berlaku satu masa dahulu. Apa yang mereka terpaksa hadapi untuk capai kemerdekaan sendiri. Memang menyayat hati. Dengan gambar-gambar post-war (selepas habis peperangan), gambar anak-anak yang terkesan dan jadi mangsa kekejaman. Siap mereka awetkan janin kembar yang bermasalah dan terpaksa dikeluarkan dari perut si ibu!

Kat belah luar muzium mereka tempatkan kenderaan-kenderaan tentera Amerika yang ditinggalkan di Vietnam dan kenderaan tentera yang mereka gunakan. Boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni ya.

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh
Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh
Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh
Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh
Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh
Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh
Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh
Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh
Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Dah settle kat muzium, kami dibawa pula ke tapak bekas Pejabat Pos Bandar (Central Post Office) yang terkenal dengan bangunan hasil tinggalan penjajah. Sekarang dah tak jadi pejabat pos dah. Jadi tempat shopping macam Central Market tu. Huhu.

Lepas tu jalan sikit melalui pasar buku-buku untuk ke Hard Rock Cafe. Saya tak pergi sebab kena lintas jalan. Ambil gambar dari depan sajalah. Hehe. Dah settle ambil gambar, terus tunggu mini bas kat situ. Dah naik semua orang, kami singgah pula outlet-outlet handbag kulit, jubah, baju kurung, tudung (macam kat Bukit Tinggi lah lebih kurang. outlet nya celah-celah rumah orang.) Aktiviti malam masih sama, makan malam di restoran berdekatan hotel dan turun lagi ke Malaysian Street. Hahaha.

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Bahagian luar post office

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Tu Hard Rock Cafe seberang jalan tu.

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Bahagian dalam

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Tunggu mini bas

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Lorong buku. Ada McD! Haha.

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Masjid ni kat tempat lain. Lepas balik dari sana, singgah solat sini. Antara masjid terbesar di Ho Chi Minh. Depan masjid ni banyak restoran halal.

Untuk hari ke-empat, kami merayau di dalam pasar Ben Thanh pula. Sebenarnya adalah 1 kerugian bila masuk Ben Thanh Market ni last minute. Rupanya lagi banyak boleh explore (shopping)! Disebabkan masa kami yang naik Air Asia ni suntuk, jadinya sempat beli kain korean silk belian kiriman orang. Next time datang harus repeat!

Nak nombor telefon agen dari Malaysia kami? Boleh hubungi Puan Hadariah di 012-226 2442 untuk dapatkan sebut harga pakej yang bakal diambil.