Okay sambung Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh Dengan Anak Kecil Part 2. Hehe. Disebabkan banyak aktiviti dan gambar, jadi saya pecahkan 1 hari jadi 1 cerita. Saya pergi tak lama, 4 hari saja. Ikut pakej pula tu. Boleh buat rujukan jika nak pergi sendiri. Hehe.

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Nanti saya selit lagi tips-tips untuk melancong ke Ho Chi Minh ni. Tapi entri sekarang ni kita cerita tentang hari kedua dulu lah ya. Hehe. Okay jom go through. Baca juga :

 

Pagi-pagi kami makan sarapan di Malaysian Street tu. Waktu siang tak havoc macam malam. Jadi jalan raya biasa saja. Penuh bas-bas dan van-van travel agent kat situ. Nak ambil penumpang sama ada yang memang dah book atau walk-in nak join trip hari tu. Kami makan kat Restoran … Makan apa?

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Pho bo (dalam bahasa melayu mee sup daging)

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Gambar close up

Katanya ini makanan ruji masyarakat kat sini. Kueh teow sup daging sebenarnya. Kat sana sebut pho bo. So kalau nak order, ingat perkataan tu ya. Hehe. Sedap! Pagi-pagi makan sup memang kenyang lah. Nak pula dapat seorang semangkuk. Dengan Adam sekali dapat semangkuk besar. Siapa yang habiskan? Mak dia juga…hahaha.

Dah selesai makan, kami naik bas mini untuk ke Sungai Mekong. Ada 2 orang lain tumpang group kami. Tak kisah pun kan. Sekali jalan saja. Sungai Mekong tu terkenal dengan delta-delta dia yang mempunyai perkampungan kecil kat atas delta tu.

Dulu masa belajar subjek Geografi, ada belajar. Tak boleh nak imagine besar mana sebab yang pernah nampak delta kat Malaysia ni kecil saja. Pasir saja. Sungai Malaysia kan tak ada lah lebar sangat. Sekali pergi sana, ambil kau! Besar siap ada kampung! Mahu tak teruja? Hahaha.

Perjalanan ke jeti agak jauh. Ambil masa sejam 30 minit juga termasuk dengan jem. Vietnam dan jem berpisah tiada. Samalah macam Indonesia. Sebelum tiba ke jeti, ada pit stop kedai jual kasut dan handbag. Seperti biasa bagi kami kalau kedai first macam ni mesti aim kata mahal. Hahaha! So, tak beli apa-apa. Tumpang pergi toilet saja.

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh
Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Inilah kedai pit stop tu

Dah selesai yang lain membeli-belah sikit, kami teruskan perjalanan. Sampai kat jeti, terus naik bot. Dah tersedia dah. Dalam 20 minit perjalanan sampailah ke pit stop kami. Terus sampai ke kilang buat gula-gula kelapa. Memang penduduk kat situ buat gula-gula dari kelapa hasil dari tanaman diperkampungan situ.

Kat kilang tu travel agent ni yang terangkan proses dari mula buat sampailah dia jadi gula-gula. Oh ya, nama agent kami ni Kevin. Pun boleh cakap bahasa melayu. Dah settle cerita pasal gula-gula, kamilah mereka gula-gula kan. Hahaha. Beli gula-gula daaa. Saya belilah sikit untuk buat sourvenior. Ada 5 perisa : original, durian, kopi, coklat & kacang. Kacang tu sedap!

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Naik bot!

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Ni si Kevin ni tengah bagi penerangan

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Gula-gula cintaku~

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Menyusuri hutan paya bakau

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Saya putar, Halim!

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Inilah kilang gula-gula kelapanya

Dah selesai bergula, terus ke belakang naik kereta kuda. Anak-anak first time naik teruja betul lah mereka. Siap usap-usap pegang kuda tu. Jalan sampai ke hujung jalan (area pasar) untuk naik bot di area sana. Lepas tu naik bot untuk ke next station.

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh
Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh
Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh
Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Kawasan kilang madu lebah. Kat situ mereka yang briefing. Siap bagi sentuh direct sarang lebah tu. Kat situ mereka bagi kami rasa air panas madu + serbuk sarang lebah + limau. Katanya bagus untuk badan. Tak dengar sampai habis pula kebaikkan dia. Huhu. Minum sajalah labu.

Kat situ ada mereka bela ular sawa. Teringin pula anak saya seorang ni pegang. Bagilah can. Huhu.

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Dah sampai outlet madu lebah

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Mula-mula semua takut sampai kena paksa

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Ni dia madu REAL

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Lepas tu, here is my brave man!

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Hai obat~ hai obat~ Mari beli obat~

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Masa ni dah lah haus gila lepas tu kena bedal benda ni. Perit tekak mak!

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

My brave girl pula

Lepas dah settle kena paw kat situ, kami naik balik bot untuk makan tengah hari. Specialnya restoran ni, dia satu-satunya restoran halal yang ada kat situ. Memang hot spot lah untuk orang Islam. Tiada kat tempat lain. Ada toilet, surau juga. Nasib baik juga datang lewat sikit sebab crowd reramai dah beransur keluar, jadi aman sikit nak makan dan rehat kejap. Hehe.

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh
Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Meriah kan makanan ikut pakej ni

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Muka lapar + penat semua orang. Haha

Then, naik bot lagi ke tempat jual handbag kulit. Mahal, tak beli. Hehe. Jalan kaki ke kedai sebelah makan buah-buahan yang ditanam kat situ. Lepas refreshing, kena jalan ke belakang lalu kebun buah untuk ke jeti sampan. Sampan yang terkenal tu.

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Kugiran pemeriah majlis

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Ada nenas, ada buah naga, ada tembikai susu, tembikai kuning

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Tu vokalisnya. Ada 1 lagu melayu dorang nyanyi lupa tajuk!

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Menyelusuri kebun untuk ke jeti sampan

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh
Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh
Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh
Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh
Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Tinggi tahu tebing naik jeti. Risau orang tengok mak buyung ni nak handle anak-anak lagi. Huhu. Alhamdulillah semua selamat naik sampan. Masing-masing pakai topi tradisional tu. Naik sampan pun boleh jem! Haha. Sebab lorong sungai tu kecil dan sampannya banyak. Jauh juga nak ke laut. Dalam 2 kilometer juga. Sangat berbaloi!

Sampai hujung, naik bot balik dan balik ke jeti utama. Habis seharian kat delta sungai Mekong tu. Penat tapi berbaloi lah. Malam makan kat kedai di Malaysian Street juga. Lupa namanya. Dah habis makan, jalan-jalan kat luar kedai sajalah. Hehe. Oh ya, jalan Malaysia ni tutup jam 12 malam waktu tempatan (awal sejam saja dari waktu Malaysia). So banyak masanya. Tapi sebabkan kaki lenguh penat, balik hotel terus tidur saja. Hehe.

Okay habis cerita Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh Bersama Anak Kecil Part 2. Nantikan next day! Kami pergi Chu chi Tunnel. Tunggu ya. Untuk pertanyaan terus tentang pakej percutian, boleh hubungi Puan Hadariah : 012 226 3442