Alhamdulillah dah masuk hari keempat kami, delegasi Shaklee Malaysia berada di Bangkok, Thailand untuk percutian bertaraf 5 bintang 100% tajaan Shaklee. Memang percutian yang terbaik tak dapat kat mana-mana.

Tidur kat hotel 5 bintang. Dilayan bak orang istana, dari mula sampai hinggalah kami ke airport semula. Semuanya diatur baik. Sampai luggage ada masalah kat airport pun mereka tolong buatkan report. Tak perlu kita susah-susah. Best kan!

Ini rentetan trip kami tu dari hari pertama hingga hari ketiga.

 

Bila ingat balik memang rasa macam tak puas saja 4 hari ni. Macam-macam aktiviti kami buat. But life must goes on. Chewah! Hari keempat ni hari untuk kami pulang ke realiti. Settle kan order customer yang menanti. Hee.

Pagi macam biasa kami breakfast di hotel. Makanan dia memang macam-macam. Boleh tengok video live kat bawah ni. Memang kalau bertapa dari jam 6 pagi hingga 10.30 pagi (waktu sarapan beroperasi), memang kenyang balik bilik tidur sajalah. Haha.

Alhamdulillah saya dan roomate dah siap-siap kemas beg malam semalam tu. Jadi, pagi ni aktiviti free and easy saja. Tak ada buat apa-apa. Jadi, relax kejap di lobby hotel sambil fikir kat mana lagi nak kena round. Hehe.

Tetiba teringat yang nak cari sepasang lagi gaun. Nak pergi balik kedai kat Platinum Mall tu. So, alang-alang free, jalanlah ke sana. Seperti biasa disebabkan belum banyak kedai buka jam 9.30 pagi tu, kami ke foodcourt untuk pekena aiskrim di pagi hari. Hahaha.

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

Sementara fikir nak buat apa dan tunggu geng, dengar dulu #ShakleeEffect dari sidelines.

Settle layan sejuk, kami ikut laki bini berdua ni nak cari barang. Since memang tak urgent pun, follow saja. Hehe. Then baru pergi cari barang sendiri. 2 pasang gaun untuk 2 orang anak perempuan saja. Hehe. Settle situ mula-mula nak ke Digital Mall tapi salah masuk Paladium Mall pula. Dah penat menapak, malas nak teruskan sebab nak kena check out jam 12 tengah hari.

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

Sempat posing lagi depan lobby & makan kat stall depan Platinum Mall.

Balik bilik kemas apa yang patut. Cek balik kot ada barang tertinggal. Settle lepas tu terus bawa beg ke bawah. Checkpoint untuk Shaklee. Since bas bergerak ke airport jam 1.30 petang, so ada masa sikit lepaklah di lobby hotel. Lobby hotel cantik. Hehe.

Jam 1.30 petang, kami bergerak ke airport. 30 minit macam tu sampai airport terus beratur untuk check in beg. Tengah beratur tu, boleh pula dapat update yang flight kami delayed. Dari jam 5.45 petang jadi 8.30 malam. Hahaha! Apa nak buat weh kat airport 3 jam?

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee
Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

Muka happy walaupun flight delayed. Haha!

Alhamdulillah jumpa pelopor team iReach ni jadi kami mencarilah restoran halal untuk lepak kejap. Since semua pun duit tinggal 200-300 baht saja. Masing-masing order pulut mangga lah. Dengan air kelapa. Huhu. Sambil lepak sempatlah coaching dengan pelopor terkenal ni. Macam-macam ilmu baru dapat.

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

Dah settle coaching kat situ, kami pergi surau untuk solat dan makan kat restoran halal depan surau tu. Beli 2 pad thai kongsi 3 orang. Tak ada air. Hahaha. Lepas makan, terus masuk imegresen untuk ke ruang menunggu.

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

Sambung membawang kat tempat menunggu. Ni pun flight macam hampir delay

sebab jam 8.35 malam still tak panggil masuk. Rupanya tengah isi minyak.

Jam 8.40 malam terbanglah kami pulang ke tanah air. Alhamdulillah selamat sampai jam 12.30 pagi. Sekampung datang ambil (parent & anak-anak saya). Haha. Begitulah cerita kami yang paling awal sampai di Bangkok, Thailand yang paling lewat tiba di Malaysia. Hehe. Sekian update tentang Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee Part 4.