Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee Part 3 kami pada pagi tu adalah free and easy style. Jadinya lepas breakfast kat hotel boleh melilau-lilau nak pergi mana-mana pun. Ada group yang ke LopBuri dan Ayuthayya, tapi kami pilih untuk shopping!

Sebelum tu, jemput baca juga :

 

Strategiknya Hotel Amari Watergate ni bilamana sebelah dia adalah Pratunam Market. Betul-betul sebelah. Platinum Mall kat belah depan. Big C Supermarket pun berdekatan – tempat orang borong kacang berperisa, sotong kering, sirap coklat jenama TeaPot tu, pes tomyam, sos cili dan macam-macam lagilah. Nama pun supermarket. Hahaha.

Memang keliling hotel tu penuh dengan mall dan tempat shopping. Penat tak penat, gagah tak gagah lah nak round. Hahaha. Disebabkan dah jumpa geng quadruplet (4 orang) so kami ambil keputusan kita round sajalah sekitar hotel ni. Belum habis shopping barang untuk anak-anak. Tengok alasan dia. Hehe.

Mula-mula ke Platinum Mall. Jam 9.30 pagi (waktu tempatan) baru mula buka. Tengok directory kat tingkat 5 ada children’s wear. Jadi ke sanalah kita! Tapi awal pagi tak banyak kedai buka so lepak kat food court dia kejap. Makan aiskrim kelapa dan minum air kelapa. Hehe.

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

Muka happy makan aiskrim kelapa dan minum air kelapa pagi-pagi

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

View dalam Platinum Mall. Ala-ala Kenanga Wholesale.

Dah settle minum-minum, its time to explore! Pusing punya pusing tak jumpa pula dress yang biasa-biasa tu. Semua luar biasa. Hahaha. Semua jenis yang macam flower girl punya style. Gaun kembang semangkuk. Blouse kanak-kanak pun banyak. Gaun lebih kepada budak bawah 3 tahun. Anak saya umurnya 5 dan 6 tahun. Mana muat!

Akhirnya jumpa 1 kedai! Platinum Mall jenis wholesale. Beli 1 390 Baht, beli 3 ke atas 230 Baht. Beli sepasang dulu sebab konon nak tengok tempat lain pula.

Dah habis pusing Platinum Mall, kami cross balik untuk ke Pratunam Market. Yang ni mula-mula masuk macam kedai tinggal. Tak banyak buka. Sat lagi makin dalam masuk rupanya belakang-belakang lagi banyak kedai baju. Apa lagi, explore!

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee
Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

Gambar luar Pratunam Market . Spot lain-lain. Jauh juga kami berjalan rupanya.

Banyak baju untuk orang dewasa. Settle teman kawan-kawan shopping situ, kami ke Big C Supermarket pula. Yang ni mula-mula tak tahu ada skywalk. Menapaklah cross jalan raya. Penat jugalah jalan dari Pratunam Market ke Big C Supermarket. Sampai-sampai terus beli air kelapa. Haus! Hehe.

Rehat kejap, buat urusan toilet bagi reda sikit penat tu baru pergi supermarket. By the way, toilet tak ada paip! Aware tau. Supermarket pun kat tingkat 2. Dah naik tu menggagau lah cari barang cop halal.

Nasib baik jumpa geng Shaklee yang lain. Dorang inform yang sirap coklat TeaPot tu habis! Pes tomyam pun habis! Orang Shaklee borong lah ni! Hahaha. Lalu saya beli kacang sajalah dengan sotong kering. Seaweed sikit.

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

Dalam Big C Supermarket . Settle borong

Dah settle, laparlah pula. Naik ke foodcourt. Rupanya foodcourt situ tak ada yang halal. Platinum Mall ada. Jadi, menapaklah kami ke Platinum semula. Masa ni dah nampak skywalk, ikut skywalk lah. Tapi jauh juga sebab dah penat kan. Hahaha.

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

Atas Skywalk

Lebih kurang jam 3 petang kami sampai kat foodcourt Platinum Mall. Mak aih! Kus semangat! Ramai gila orang. Kontra gila masa pagi tadi kami pergi. Huhu. Kat foodcourt dia ada 2 saja kedai halal. 1 mamak (Indian Cuisine), 1 masakan fusion Thai lah. Lepas rebut-rebut tempat, dapatlah order makan.

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

2 kedai ni saja halal. Lain semua ada pork. Ingat!

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

Saya makan Briyani Chicken. Tapi rasa macam nasi ayam. Sedap juga!

Settle makan, masing-masing semua penat. Baliklah hotel ke bilik masing-masing. Sebab nanti jam 5 petang nak join dinner sponsored by Shaklee pula. Kena naik bas. So rehat kejap, mandi, solat semua, terus bersiap nak turun balik.

Kami dinner kat Sompong Restaurant. Kira-kira 30 minit dari hotel. Banyak gila makanan dia. Paling sedaplah! Ada tomyam gung! Perghhh berasap semua. Hehe.

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

Haruslah ootd! (Outfit of the day)

7 jenis lauk . Lauk sayur lupa ambil gambar . Abaikan gambar ikan. Haha.

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

Gambar kenyang. Settle makan. Hehe.

Settle makan, naik bas balik untuk ke Asiatique. Shaklee suruh shopping lagi. Hahaha. Tapi sampai sana tak shopping dah lah. Saya dan roomate pergi massage badan. Alhamdulillah hilanglah rasa cramp kaki banyak jalan siang tu. Almaklum orang belum mula bersenam kat rumah. Huhu.

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

Ni namanya orang buat kita pun nak buat juga. Tapi kami datang lone ranger. Haha!

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

Balik bilik dapat ni! Dessert khas Shaklee tempah untuk kami. Diperbuat dari kacang kuning.

Sedap sangat walaupun bau dia busuk macam kentut. Hoho.

Balik Asiatique, dah relaks sikit, terus susun atur packing barang. Sebab esok nak balik! Sedih. Huhu. Tapi ada permulaan mesti ada penghujungnya kan. Begitulah Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee Part 3.