Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee Part 1 adalah pengalaman terbaik setakat saya join trip Shaklee. Walaupun baru 3 kali join ke Langkawi dan Star Libra Cruise sebelum ni tapi ikut itinery trip kali ni yang paling syok sekali. Kenapa? Jom baca lebih lanjut.

Flight kami dari Kuala Lumpur (KL) ke Bangkok pada jam 7.40 pagi jadi kami diarah untuk berkumpul pada jam 4.40 pagi di kawasan perlepasan. Actually kami pergi seramai lebih kurang 350 orang.

Ada yang dapat naik flight MAS (yang ni majoritinya yang ada connection flight dari negeri lain), Malindo, Air Asia dan Thai Airways. Ada 10 group. 8 flight dari KL, 2 flight dari Penang. Semua waktu flight lebih kurang sama lah dalam jam 7.40 – 8.30 pagi macam tu kecuali 2 flight jalan jam 10.30 pagi. Ini serba sedikit info tentang trip kali ni.

 

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

Kasi ambil gambar bag 1 kali

 

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

Kanan : briefing oleh tour guide.
Kiri : di ruangan menunggu nak naik flight

 

Dah settle check in beg, sarapan dan solat, kami pun masuk untuk terus ke tempat menunggu flight. Alhamdulillah perjalanan kami ke Bangkok sangat lancar. Kat atas flight dapat makan nasi lemak Pak Nasser yang famous tu. Hehe.

 

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

Kiri : partner duk sebelah dalam flight.
Kanan : we are on board!

 

Nasib saya baik sebab saya guna line telefon u-mobile. Kenapa baik? Sebab U-Mobile bagi roaming secara percuma untuk 12 negara terpilih. Macam plan yang saya pakai dapat 5GB percuma.

Untuk saya seorang memang cukup sangatlah 5GB tu. Cuma kena aktifkan dulu di Malaysia baru boleh pakai. Sampai-sampai saja terus on roaming free tu lah. Boleh guna buat update kat Facebook. Hehe.

So, sampai airport Don Maeng, Bangkok ambil beg, terus naik bas. Tempat pertama kami ke Sungai Chao Phraya naik bot macam river cruise kat Melaka tu tapi sungai dia lagi lebar. Untuk tengok bangunan-bangunan tepi sungai.

 

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

Bangkok aku datang!

 

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

Atas bas . Dapat Performance Drinks Shaklee free! . Sampai di Chao Phraya Riverside . Atas bot

 

Sampai 1 spot depan tokong dewi Guan Yin, kami diberi roti. Mula-mula ingatkan untuk makan. Rupanya untuk bagi ikan makan! Hahaha. Dah hampir habis dah seketul roti tu. Kah kah lawak gila. Nasib roti susu keras saja.

 

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

Bangunan-bangunan bersejarah yang ada di tepi sungai

 

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

Roti yang dah hampir separuh kena makan

 

Settle melayari bot, kami dibawa untuk makan tengah hari di Sophia Restaurant berdepan dengan Hotel Al Meroz. Kat situ juga kami diberikan set baju yang akan dipakai untuk malam tu. Ada dinner malam tu di Sampran Riverside.

 

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

Appetizer . luncheon . kami-kami yang 1 bas

 

Dah settle makan sambil membawang tentang baju dinner, kami terus ke Hotel Amari Watergate untuk check in bilik masing-masing. Alhamdulillah rezeki juga kami antara yang dapat bilik awal sebab sepatutnya waktu check in kan pukul 3 petang.

Tapi ada yang tak dapat bilik lagi walaupun dah jam 5 petang sebab pihak hotel masih dalam kerja-kerja pembersihan dan mengemas bilik.

 

 

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

Reception . Bilik kami

 

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

Bilik . Baju dinner

 

Settle solat, mandi, terus pakai baju dinner yang diberikan. Pening juga nak pakai macam mana. Google punya google belasah sajalah. Hahaha. Gigih tau sewa crown tu semua di Malaysia. So, jam 5 petang waktu tempatan kami turun untuk naik bas untuk ke Sampran Riverside tu.

Perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit nak ke sana. Jauh juga. Sampai tertidur-tidur dalam bas. Ya lah, bangun jam 1 pagi, pagi tu kan. Tak tidur-tidur lagi. Siapa tak ngantuk? Hoho.

Best gila suasana tema makan malam kali ni. Tema cultural village dalam taman. Macam-macam booth ada. Muzik harus! Ada booth makanan tradisi, booth seni dan kraftangan, booth air kelapa.

Sementara nak tunggu semua sampai, berlegar-legarlah kami di situ untuk menikmati semuanya. Memang sedap kuih-kuih tradisi dia. Apa yang lagi kagum, semuanya organik! Dibuat dari bahan-bahan organik yang memang ditanam di situ. Sesuai sangat dengan moto Shaklee.

 

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

Aktiviti di cultural village Sampran Riverside

 

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

 

Dah selesai, kami berarak ke tempat dinner kat sebelah. Open air punya style. Ada macam-macam makanan. Berapa kali entah asyik bertambah makan. Hahaha. Tu pun tak rasa semua sebab perut dah penuh.

 

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

Door gift! . Ada lobster tuuu

 

Selesai dinner, kami join aktiviti untuk melepaskan tanglung di dalam air. Macam dalam cerita Tangled tu. Tapi ni tak terbang. Ni lalukan kat sungai saja. Sebelum tu kami diminta untuk tulis “wishes” kat atas not kertas dan sangkutkan pada tanglung tersebut.

 

Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee

 

Selesai hanyutkan tanglung, ada persembahan bunga api sebelum kami dibenarkan pulang ke hotel semula. Memang dalam bas semua ambil kesempatan untuk tidur lah. Hahaha. Sampai-sampai bilik, solat dan mandi kejap. Terus masuk tidur. Hehe.

Alhamdulillah walaupun penat tapi Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee Part 1 memang sangat mengujakan. Berminat nak tahu bagaimana saya dapat merasai trip ini? Boleh klik : Daftar Ahli Shaklee.

Baca juga :