Kerap Bersalin Punca Nyanyuk Di Usia Muda? Betul ke? Jadi tak boleh selalu bersalin ke? Nak tanya sikit lah, siapa rasa dia selalu Lupa Selepas Bersalin hatta letak purse dan phone kat mana pun boleh lupa padahal baru saja 10 minit berlalu? Jom baca lebih lanjut.

 

Punca Lupa Selepas Bersalin

Belum ada kajian yang menyatakan punca sebenar penyakit lupa yang di alami oleh ibu-ibu yang baru bersalin ni. Tapi perkara-perkara ini boleh jadi antara Punca Lupa Selepas Bersalin.

 

1) Hormon

Seperti yang diketahui, hormon wanita semasa mengandung dan semasa melahirkan adalah berbeza. Hormon hamil (estrogen) akan menjadi tinggi sepanjang kehamilan dan hormon bersalin (oxytocin) menjadi rendah ketika itu. Sejurus saja ibu selamat melahirkan bayi, hormon ini akan bertukar tempat secara mendadak. Oxytocin akan menjadi tinggi, estrogen akan menjadi rendah.

Disebabkan pertukaran hormon secara mendadak inilah ibu-ibu lepas bersalin akan mendapat kesan sampingan seperti penyakit lupa ini.

 

2) Stres dengan rutin baru

Ya lah, setiap kali bersalin, rutin baru akan berlaku kerana karakter setiap bayi tidak sama. Jadi, walaupun anak sudah berderet, stres pasti berlaku. Bila stres dan tak dapat nak dapat “tune” dengan cepat, ia menjadikan sel-sel di dalam otak kita mati dan menyumbang kepada simptom-simptom penyakit lupa.

 

3) Kurang tidur

Lumrah kepada ibu lepas bersalin terutama yang menyusukan bayi dengan susu ibu, bayi akan kerap bangun pada waktu malam. Tidak kurang juga ada kumpulan bayi yang suka tidur pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam. Menjadikan ibu-ibu kurang waktu untuk tidur dan menyumbang kepada stres. Secara tak langsung ia juga menyumbang kepada masalah penyakit lupa ini.

Banyak lagi yang kita boleh kaitkan sebagai Punca Lupa Selepas Bersalin ini. Semuanya berkait-rapat. Jadi, sebelum ia melarat dan memberikan kesan yang memudaratkan seperti mudah mendapat nyanyuk di usia muda, jom kita tengok langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah masalah lupa ini.

 

Cara Elakkan Lupa Selepas Bersalin

 

1) Dapatkan tidur yang cukup

Sedia faham ibu-ibu yang ada anak kecil memang waktu tidur sangat kurang. Cuba berbincang dengan suami atau ibu bapa untuk dapatkan “day off” 1 hari supaya kita boleh segarkan badan kita untuk galas semula kerja harian. Pastikan kita gunakan masa yang ada untuk dapatkan tidur yang berkualiti. Abaikan semua tugas-tugas harian yang sepatutnya diselesaikan pada hari itu. Setakat sehari takkan mereka berkira kan?

 

2) Buat jadual untuk langsaikan tugas harian

Pesanan untuk ibu-ibu, sila bertenang! Tak perlulah kita sapu, mop rumah dan kemas mainan setiap hari. Boleh mulakan buat adjustment dengan mungkin sapu dan mop rumah selang 2 hari? Supaya kita ada masa untuk berehat sekejap.

 

3) Amalkan makan makanan yang kuatkan memori

Banyakkan makan makanan yang boleh kuatkan memori seperti:

  • Avocado
  • Berries
  • Minyak zaitun
  • Minyak kelapa
  • Kacang badam
  • Telur

 

4) Amalkan pengambilan supplemen

Supplemen yang berasal dari bahan-bahan semulajadi ternyata boleh bantu kita dapatkan manfaat yang sepatutnya. Malah, ia bantu kita dapatkan nutrisi yang mencukupi dari hanya mengambil makanan harian. Supplemen yang diperlukan adalah:

 

Cara Atasi Lupa Selepas Bersalin 1

Cara Atasi Lupa Selepas Bersalin

 

Lecithin

Kandungan kolina (choline) yang ada dalam Lecithin ini bantu untuk lancarkan saraf supaya ingatan kita jadi lebih kuat.

 

OmegaGuard

Kandungan DHA dan EPA yang ada dalam OmegaGuard memang terkenal untuk bantu dalam perkembangan otak supaya menjadi aktif seperti yang sepatutnya.

 

B-complex

Vitamin B terkenal sebagai agen menenangkan saraf secara semulajadi dan mengurangkan tekanan (stres) yang sedang kita alami.

 

Ostematrix

Kandungan kalsium dan magnesium yang ada dalam Ostematrix menjadi sebagai agen penenang semulajadi dengan meregangkan otot-otot yang sedang stres.

 

Punca Lupa Selepas Bersalin

Punca Lupa Selepas Bersalin

 

Susah lah nak ambil banyak-banyak. Nak ambil 1 produk saja boleh? Boleh! Boleh ambil Vivix sebagai permulaan untuk bantu repair masalah penyakit lupa ni.

 

Cara Atasi Lupa Selepas Bersalin

Cara Atasi Lupa Selepas Bersalin

 

Kajian menyatakan kandungan bahan yang ada dalam Vivix boleh bantu panjangkan sel dalam kotak ingatan otak kita supaya kembali mudah mengingat seperti sedia kala. Dah tak ada lah isu lupa letak dompet, phone, kunci kereta kat mana dah nanti inshaAllah.

Macam mana nak dapatkan produk ni? Boleh klik : Cara Atasi Lupa Selepas Bersalin ; atau

Dapatkan diskaun 20% dengan klik : Daftar Ahli Shaklee