Siapa tak nak Kulit Cantik Dan Sihat angkat tangan! Mesti semua nak kan? Macam-macam 6 Tips Kulit Cantik Dan Sihat yang ada sekarang ni. Saya nak kongsi 6 Tips Kulit Cantik Dan Sihat buat orang yang rasa diri dia perlukan pertolongan untuk cantikkan kulit muka dan kekal sihat.

 

Tips Kulit Cantik & Sihat

Tips Kulit Cantik & Sihat

 

6 Tips Kulit Cantik Dan Sihat

 

1) Minum air

Banyakkan minum air masak setiap hari. Boleh juga minum air mineral. Kalau beli di kedai, pastikan ambil yang penutupnya berwarna.

 

2) Makan banyak sayuran dan buahan

Untuk dapatkan kesan yang natural, haruslah ambil dari sumber yang natural (semulajadi) juga kan. Sebab tu lah kena banyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan dalam portion makanan kita. Ikut saranan KKM suku-suku separuh tu. Lagi best kalau lebih dari separuh. Lagi bagus. Hehe. Kita mesti aim nak pakai badan kita lama lagi.

 

3) Jaga kesihatan usus

Bila kita cukup minum air, cukup pengambilan sayuran dan buahan, inshaAllah kesihatan usus juga akan terjaga. Senang nak membuang, proses pun lancar, usus bergerak secara baik dan sistem badan kita pun berjalan dengan baik.

Apa jadi kalau usus tak sihat? Bila usus tak sihat, tak berjaya nak keluarkan toksin dalam badan secara semulajadi di tandas, badan kita akan gunakan organ lain pula untuk keluarkan toksin.

Tahukan? Kulit organ paling besar kita dan agen mengeluarkan toksin paling besar lah. Rasa-rasa apa jadi? Mestilah segala jenis jerawat, kutil-kutil, paling ngeri ketuat keluar kat kulit kita. Mesti seram kan nak keluar rumah kalau macam tu.

Sebab tu kena jaga kesihatan usus. Make sure MESTI membuang hari-hari tau.

 

4) Basuh muka dengan air suam

Sebelum kita tidur dan selepas bangun tidur, selalunya kita akan basuh muka kan? Main guna saja air sejuk kat sinki tu. Kan? Hehe. Jom kita tukar kepada air suam. Kenapa kena guna air suam?

Sebab air suam akan aktifkan sel-sel kat muka ni supaya aktif untuk repair sel dia. Juga mengembangkan pori-pori muka untuk senangkan kita keluarkan daki-daki yang buatkan pori-pori tu tersumbat. Jadi, bila pakai Youth Cleanser Gel Oil haruslah lebih berkesan.

 

5) Gunakan produk kecantikkan yang menggunakan bahan semulajadi

Tips Kulit Cantik Dan Sihat yang kelima haruslah menggunakan produk skincare yang berasaskan bahan semulajadi. Macam Youth tu. Memang gunakan 100% tumbuh-tumbuhan semulajadi dan bebas lebih daripada 2500 jenis bahan kimia terlarang.

Siap dah diuji selamat dan berkesan pula tu nak digunakan untuk semua jenis kulit termasuk yang sensitif (cuma make sure minta consultation pakar dermatologi dulu ya untuk confirmkan boleh pakai).

Nak tahu tentang Youth? Boleh baca sini : Produk Penjagaan Kecantikkan Youth Shaklee

 

6) Pastikan cukup tidur

Last but not least, of course kena jaga waktu tidur. Nak ke nak kena pastikan kita dapat tidur yang cukup setiap hari. Anggaran waktu tidur untuk orang dewasa seperti kita adalah 6 jam. Jadi, kalau boleh sila dapatkan rehat yang cukup ya.

Sebab pada jam 12 pagi hingga 4 pagi, sistem tubuh badan kita sedang bekerja untuk memperbaiki tahap kesihatan kita. Masa tu lah sel baru keluar, sel mati sama ada ready untuk dikeluarkan melalui agen detoks atau dibiarkan mendap dalam badan lepas tu nanti lama-lama dia keluar sendiri dengan nama “masalah kesihatan”. Hihi.

Okay settle dah 6 Tips Kulit Cantik Dan Sihat buat panduan anda semua. Tinggal nak atau nak saja buat semua. Ini rahsia yang ramai tak tahu untuk dapatkan kulit cantik dan sihat iaitu amalkan semua di atas selama 21 hari berturut-turut nescaya anda akan terbiasa buat semuanya.